Assalamualaikum semua...
kawan2 yang tersayang...
umat2 islam yang saya hormati semua...
semoga anda semua sihat2 sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t
(gaye da cm penceramah bebas pulak) hehe...
12 Rabiulawal 1432H
adalah tarikh sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
kita sebagai pengikut baginda...
kita wajar untuk memperingati hari kelahiran baginda dengan rasa cinta yang sangat mendalam..
marilah kita bersama-sama mengingati sejarah kelahiran rasulullah dan juga perjuangan-perjuangan baginda dalam mempertahankan islam.
kita sebagai umat akhir zaman, kita perlu sedar bahawa, kita tinggal sikit hari lagi hidup di dunia ini..
bila-bila sahaja ALLAH akan menarik nyawa kita..
kita akan kembali kepadanya...
adakah kita sedar..dan bile kita bermuhasabah diri, kita akan rasa yang kita ni sangat kerdil dan hamba ALLAH yang sangat lemah..
pelbagai PERSOALAN-PERSOALAN diminda kita..
banyak ke kebaikan yang telah kita lakukan?
cukup ke amalan kita untuk kita bawa ke akhirat kelak?
bagaimana dengan timbangan amalan kita di akhirat nanti?
dan..
sudah bersedia kah kita untuk kembali kepadanya?..
MASYAALLAH..
sayu sangat hati ni bile kita fikir sedalam-dalamnye...
kita ni hanya manusia yang menumpang di dunia hanya la untuk sementara waktu..
di akhirat nanti itulah tempat kekal kita....
bayangkanlah, selepas dunia ini KIAMAT, di akhirat la tempat kita...
renung-renungkanla....
saya sendiri berusaha untuk mencari pahala dan mencari keredhaan ALLAH...
bersama-sama la kita nasihat menasihati diantara satu sama lain..
kepada kawan-kawan saya, jika saya patut ditegur, tegur la dan nasihat la saya..
INSYAALLAH, dapat la sama-sama kita memperbaikinya...
amin..
tibe2 rase sedih dihati ni mengenangkan nenek, atuk, dan kawan-kawan sekolah, kawan-kawan u,yang disayangi, yang telah pergi ke rahmatullah..sebak rasa hati..tetapi apa kan daya, kita yang hidup, perlu teruskan hidup dengan tabah...Al-Fatihah untuk mereka..
huhuhu...:'( (emo sekejap)..
ok..berbalik kepada tajuk kat atas tu....
marilah kita bersama-sama menghayati sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW...
BIODATA RASULULLAH S.A.W
- Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
- Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
RENTETAN SEJARAH KEHIDUPAN RASULULLAH SEHINGGA BAGINDA WAFAT
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Al-fatihah untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Banyak-banyak kan lah kita bersalawat ke atas Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
.....SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA...
No comments:
Post a Comment