Monday, May 28, 2012

muhasabah hati...







Hati dan Akal Berbicara

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam…

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam…

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?  

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku…

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi… Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?      

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi…

Hati : Jadi… Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk…

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala…

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis… Sepi… Kesal…



source: www.iluvislam.com

Saturday, May 12, 2012

Wanita...

Assalamualaikum...
hai readers semua...
alhamdulillah..hari ni kita masih dipanjangkan umur lagi kan...
first sekali..
meh la kite sesame ucap syukur kepada ALLAH..
kerana masih diberi peluang melihat dunia...
teruskan usaha anda untuk mencari keredhaan ALLAH dan menuju jalan yang lurus..
JALAN ILLAHI..
InsyaALLAH hendaknya..
:)
meh..kita dengar lagu ni dulu ek..
WANITA by DEHEARTY

sayu je lagu ni kan...
kita masih belum terlambat lagi untuk berubah menjadi yang lebih baik..
jika kita kehendakinya..
InsyaALLAH...ALLAH akan memberi kita hidayah...
untuk menjadi wanita solehah dan wanita yang diredhai ALLAH...
marilah same2 kita berdoa agar kita dapat menjadi wanita yang berakhlak..dan yang solehah seperti 
SAIDITINA SITI KHADIJAH..

nanti cik lyna akan share kat readers tentang WANITA SOLEHAH...
yang baik datangnye dari ALLAH..yang jahat itu datangnye dari diri cik lyna sendiri..
Assalamualaikum..



















Rintihan HATI..

Assalamualaikum...
hai readers..
Alhamdulillah..hari ini..ALLAH masih beri peluang untuk diri kita melihat dunia..
ALLAH masih panjangkan umur kite lagi untuk kite bertaubat mengingatiNYA..
dan kembali kepadaNYA..
KAWAN-KAWAN..
marilah kita same2 kembali kepadanya...

ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA...
hanya
ALLAH YANG MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA..



YA ALLAH..
ampunkan dosaku YA ALLAH..
aku tau aku dah jauh darimu...
aku sudah mula leka dengan keasyikan dan keseronokan di dunia YA ALLAH..
:'(
Aku amat bersyukur YA ALLAH..
kerana KAU telah memberikan aku petunjuk dan hidayah MU..
untuk aku membuka mata..
di mana sebenarnya aku berada...
aku yang kini sudah mula lupe dengan kesenangan dan kegembiraan yang telah KAU limpahkan padaku..
yang dahulunya aku bersedih..
berduka..
setiap hari..
disulami dengan air mata..
merintih pada MU..
berdoa pada MU..
tanpa putus..
AKHIRNYA..KAU telah makbulkan doaku..
tetapi..
setelah apa yang telah KAU berikan kepadaku sekarang..
aku mula lupe YA ALLAH..
aku semakin jauh dari mu YA ALLAH..
sesungguhnya...
AKU SANGAT BERDOSA PADAMU YA ALLAH..
kini..
aku mula sedar....
segala yang KAU berikan pada ku ini..segala kegembiraan dan kesedihan adalah untuk aku mengingati MU..
untuk aku mengucapkan KESYUKURAN kepadaMU..
UNTUK AKU MENAMBAHKAN LAGI IMAN KU TERHADAP MU YA ALLAH..
aku
memohon ampun pada MU YA ALLAH..
atas segala dosa yang telah aku lakukan kepadaMU..
YA ALLAH..
KAU YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI...
AMPUNKAN LA DOSAKU YA ALLAH..
DOSAKU YANG AKU SENGAJA LAKUKAN ATAU TIDAK DISENGAJAKAN
YA ALLAH..
AKU MOHON TAUBAT DARIMU DARI SEGALA APA YANG TELAH AKU LAKUKAN SEBELUM INI..
SESUNGGUHNYA..KAU YANG MAHA PENGAMPUN HAMBA-HAMBA MU..

terima kasih YA ALLAH..
kerana memberikan aku petunjuk dan hidayahmu..
terima kasih YA ALLAH..
kerana kau telah menemukan aku dengan INSAN2 yang cuba mengubah diriku..
Terima kasih..
SYUKRAN ALLAH..