Saturday, November 26, 2011

HapPy Wedding Day FF..^_^



SELAMAT PENGANTIN BARU
FAHMI & FARHAH
(mesti u all ingat FF tu FaraFauzana kan..of kos bukan la....hehe)

sepadan sangat..bagai pinang di belah dua..
sama cantik sama padan..
ececeh...hehe

sweet...
suka tengokk...hehe
^-^

pengantin perempuan yang menawan..
pose gaya model gituuu..hehe

my friends..Nurul Farhah..
cantik and comel sangat pengantin kita ni kan..
hehe

hehe..
cik lyna nak la juga snap2 ngan pengantin..hehe

last but not least cik lyna again wif pegantin....hehe..

Selamat Pengantin Baru
Fahmi & Farhah..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai...
serta..
supaya fahmi dan farhah menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah hendaknya..
amin..
^_^
tulus ikhlas dari,
ciklyna..

Friday, November 25, 2011

------>Anda telah bersedia???...

Assalamualaikum..
how are u blogger??...
alhamdulillah..cik lyna sihat2 je...
lately ni memang bz ngan assignment yang menimbun...
as u know..degree mmg byk assignment, quiz, test, presentation...
fuhhh...memang mencabar..mcm mengembara dalam hutan taw..hehe...
mana tak nye...satu hari ada 2 test...
cover dengan 3 chapter sekaligus for 1 test...
dengan presentation yang prepare ari ni..sok present...
so...
whatever matter..cik lyna..x mo nak mengeluh2....
nak berjaya..kena usaha keras sikit..
betul tak kawan2 semua??..hehe..

okay2..back to the tittle...
woww!!!
ANDA TELAH BERSEDIA??..
okay..bersedia ni banyak takrifnya..
bersedia ape?
anda bersedia nak belajar?
anda bersedia nak menempuh alam remaja?
anda bersedia untuk berkahwing?
anda sudah bersedia untuk makan?..hehe..cik lyna selalu sedia nak makan..hehe
okay2..
yang cik lyna nak share arini..

"ANDA TELAH SEDIA UNTUK BERPASANGAN JIKA........."

ehem2..ade yang da tersenyum2 tu..cik lyna nampakk..hehe..
okay..jangan geleng2 tak nak mengaku pulak ek..hehe..

ok u all...

FIRSTLY,
Anda telah sedia untuk berpasangan jika.....
Niat anda memang untuk berkahwin dengan "si dia" (boy or girl ok...jgn boy ngan boy or jgn girl ngan girl ok...lain jadinya..pastikan..sorang boy..sorang girl..okay...^-^) demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara..
Sebaliknya...anda belum bersedia untuk berpasangan jika....
niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata...

SECOND,
Anda telah bersedia untuk berpasangan jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada muqaddimah zina..
Sebaliknya..anda belum bersedia untuk berpasangan jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan, menyentuh dan ...dot..dot..hehe..

THIRD,
Anda telah bersedia untuk berpasangan jika...
Sudah lepas ilmu fadhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda..atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap...
Sebaliknya..anda belum bersedia untuk berpasangan jika....
Masih kandas ilmu fadhu ain, mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran, atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan...

FOURTH,
Anda telah bersedia untuk berpasangan jika...
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar...
Sebaliknya...anda belum bersedia untuk berpasangan jika...
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai..huhu...


p/s: Untuk renungan u all and cik lyna juga...yang elok kita contohi..yang tak elok kita jadikan teladan dan pengajaran...

semoga kita bertemu jodoh yang sebenar untuk diri kita...
banyak2 kan lah berdoa..amin..
goodLuck mencari pasangan hidup
hehe

^-^

Selamat tinggal 1432H....Selamat datang 1433H

Assalamualaikum semua..
arini cik lyna nak share ngan u all doa akhir tahun dan doa awal tahun..
semoga...dengan hadirnya tahun yang baru..
kita pun bertambah maju dan ingatlah..
biar kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..
niat la dengan azam baru..dan tinggalkan segala kenangan pahit yang berlaku...
bina la kengangan manis dan lalui nye la dengan sebaik2 nya...
amin..

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 8, 2011

selamat ari raya AIDILADHA...

Assalamualaikum semua..
kawan-kawan..masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha kepada kawan2 semua...

ari raya aritu...my family msk lauk simple2 je..rendang ayam, sambal kacang and nasi impit je..
biskut raya xde..
kerepek je ade...ade kerepek pisang, empeng ke emping...yang penah makan taw la kerepek tu..sedap taw...

lagi ape ek...haa...pagi tu kteorang kat umah je...makan2..kenyangkan perut..sementara tnggu abah balik dri sembelih lembu...
then...
mama kate nak g serang umah makcik and nenek..hehe..raya la konon2...
pas g umah makcik ktorang g morib jap..jalan2 jap..
pas tu..g umah nenek...
yg pling best..kat umah nenek dapat makan banyak2 and sedappp...
seronok..perut pun senyum..sebab kenyang yang amatt..hehe...
tu je kot...
bubye kawan2..salam...


selamat ari raya aidiladha semua..
>,<