Thursday, February 17, 2011

Perpisahan ini....

PERPISAHAN INI.....

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

p/s: lagu ni mengingatkan seseorang yang amat ku sayangi dahulu..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
Al-fatihah untuk arwah Hamzah...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul semua....

Assalamualaikum semua...
kawan2 yang tersayang...
umat2 islam yang saya hormati semua...
semoga anda semua sihat2 sejahtera dan sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t
(gaye da cm penceramah bebas pulak) hehe...

12 Rabiulawal 1432H

adalah tarikh sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
kita sebagai pengikut baginda...
kita wajar untuk memperingati hari kelahiran baginda dengan rasa cinta yang sangat mendalam..
marilah kita bersama-sama mengingati sejarah kelahiran rasulullah dan juga perjuangan-perjuangan baginda dalam mempertahankan islam.

kita sebagai umat akhir zaman, kita perlu sedar bahawa, kita tinggal sikit hari lagi hidup di dunia ini..
bila-bila sahaja ALLAH akan menarik nyawa kita..
kita akan kembali kepadanya...
adakah kita sedar..dan bile kita bermuhasabah diri, kita akan rasa yang kita ni sangat kerdil dan hamba ALLAH yang sangat lemah..
pelbagai PERSOALAN-PERSOALAN diminda kita..
banyak ke kebaikan yang telah kita lakukan?
cukup ke amalan kita untuk kita bawa ke akhirat kelak?
bagaimana dengan timbangan amalan kita di akhirat nanti?
dan..
sudah bersedia kah kita untuk kembali kepadanya?..
MASYAALLAH..
sayu sangat hati ni bile kita fikir sedalam-dalamnye...
kita ni hanya manusia yang menumpang di dunia hanya la untuk sementara waktu..
di akhirat nanti itulah tempat kekal kita....
bayangkanlah, selepas dunia ini KIAMAT, di akhirat la tempat kita...
renung-renungkanla....
saya sendiri berusaha untuk mencari pahala dan mencari keredhaan ALLAH...
bersama-sama la kita nasihat menasihati diantara satu sama lain..
kepada kawan-kawan saya, jika saya patut ditegur, tegur la dan nasihat la saya..
INSYAALLAH, dapat la sama-sama kita memperbaikinya...
amin..

tibe2 rase sedih dihati ni mengenangkan nenek, atuk, dan kawan-kawan sekolah, kawan-kawan u,yang disayangi, yang telah pergi ke rahmatullah..sebak rasa hati..tetapi apa kan daya, kita yang hidup, perlu teruskan hidup dengan tabah...Al-Fatihah untuk mereka..

huhuhu...:'( (emo sekejap)..

ok..berbalik kepada tajuk kat atas tu....
marilah kita bersama-sama menghayati sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW...

BIODATA RASULULLAH S.A.W
  • Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
RENTETAN SEJARAH KEHIDUPAN RASULULLAH SEHINGGA BAGINDA WAFAT

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Al-fatihah untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Banyak-banyak kan lah kita bersalawat ke atas Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
.....SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA...





Friday, February 11, 2011

say NO to "VALENTINE'S DAY"


Salam..
ai u all..

tgk tajuk kat atas...
no.....no...no....no....(haha..gaye gedik sikit)

ha...
tau ni..mesti ade yang sambut kan...
hehe..

jgn sambut ok...
kalau nak hargai kekasih anda..
bile-bile pun boleh..
bukan 14 februari aje ...

setiap hari pn boleh klu nk hari kekasih...
hehe..
tu klu pasangan tu romantik la kan..
tiap2 hari ada hadiah..
wah...best gitu..
tiap2 hari bgi bunga...mat romeo betul la klu cm tu..hehe..
mmg tersenyum lebar je la gurl tu..hehe..
sampai telinga....kih3..

eh3...
lebih2 plak ak ni...
ok2..
berbalik kepada tajuk di atas...(ayat kena skema sikit)hehe

"VALENTINE"
adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492, adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umukan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari "KASIH SAYANG" kerana pada nya ISLAM adalah ZALIM...
Tumbangnya Kerjaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine..

Semoga anda semua ambil pengajaran!!!..Jadi..mengapa kita ingin menyambut "VALENTINE'S DAY"..kerana..pada ari tu la...ari jatunhnya kerajaan Islam di Sepanyol..

renung-renungkan lah...
lebih baik kita bersama2..dan banyak2 la berselawat ke atas junjungan besar..
NABI MUHAMMAD S.A.W sebanyak yang mungkin....MAULIDUL RASUL pun hanya tinggal 2 ari je lagi kan...

sekali lagi...
say NO to "VALANTINE'S DAY"
^-^

Wednesday, February 9, 2011

HapPy aNNiversary mama and abah..





salam...
ai u all..

juz nak wish to my beloved parents...

HAPPY ANNIVERSARY MAMA AND ABAH...
21..
semoga..abah and mama bahagia sehingga ke akhir hayat..
sayang mama ngan abah sangatttttttttttttttt la....

ILOVEYOU!!!
SAYANGGGG SANGAT..SANGATTTTTTT




Tuesday, February 8, 2011

cinta dan sembahyang...ape kaitannya ek??...





salam...
ai u all...

ari ni...nk share kat korang2 semua ape kaitan cinta dan sembahyang...
cinta pn cinta gak...tpi..kte sebagai umat islam..
perlu melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan larangannya..
keredhaan hubungan cinta tu boleh kita perolehi daripada sembahyang dan juga doa..

cinta tak semestinya membawa keburukan ..
malah cinta boleh membawa kepada kebaikan..
contohnya, menjadi penggalak untuk kita lebih berjaya..
tapi kan..ade la care2 yang terbaik untuk kita manfaat kan hubungan cinta itu sebaiknya..

tidak sah kan bercinta tanpa air mata...
macam mane bahagia and hepi nye sesuatu hubungan cinta tu..
mesti kita akan menitiskan air mata jgk kn..
hati tidak akan terasa kalau kita tiada perasaan cinta..
oleh sebab itu apabila kekasih berada jauh dari kita or jauhkan diri ke, tak pun cm tak care cm selalu ke,kita msti terasa mahu menangis kn...
sama ada kerana rindu ataupun sakit hati...
jarang la..ada orang yang bercinta tapi tak pernah merana..tipu la tu kan..hehe..
orang bercinta ni selalunya dikatakan JIWANG sebab time tu ati korang cepat tersentuh la..kire sensitif gitu..hehe..

orang yang bercinta selalunya sensitif kan..
cpt merajuk la...tersinggung la kan...
cm cik blog ni gak la kan...kih3
yang remeh-temeh pn nak jdi isu..haha..

dan..
korang jangan tak taw plak kan..
ad gak orang yang tak bercinta...tapi merana gak..
ye la..x jmpe kekasih dieorang lagi la kan..
jdi..
meh kita sama2 selongkar...
ape kaitannya cinta dan sembahyang ..
dan ape kaitannya dengan ape yang kite membebel kat atas tu...kuang3..
layannnnn...(ikut gaya fafau jap) hehe..

cara yang terbaik untuk hilangkan perasaan duka lara tu..
Allah telah cipta pelbagai penawar kepada penyakit ati..
penawarnya adelah..
SEMBAHYANG DAN DOA..

sembahyang adalah satu komunikasi kita sebagai hamba kepada pencipta yang maha ESA..
segala keinginan..kehendak..doa dan bimbingan boleh dipohon melalui sembahyang..
Allah menciptakan pelbagai jenis sembahyang, supaya kita2 semua ni tak jemu memohon dan mengharap kebaikan, kerahmatan, kejayaan dan keampunan darinya..

kat bawah ni...
kita nk share kat korang semua..beberapa jenis sembahyang yang dapat sampaikan anda kepada cinta.. tak kira la ape2 situasi cinta yang anda hadapi..

PERTAMA
SEMBAHYANG HAJAT
---->meh la kita wat same2 ek..korang mesti nk dapat sesuatu tu...tapi tak taw cm ne nk dapatkan..kot2 korang ade minat sorang gurl or boy ni..tpi mlu kan..so,solat hajat ni boleh la korang wat untuk memohon hajat kepada ALLAH. buat la dengan hati yang ikhlas..pohon la cinta dan bantuan daripada Allah..korang boley wat bile2 masa..Allah cipta pelbagai jenis cinta,tapi cinta yang terbaik adalah cinta yang diredhai oleh Allah, cinta yang menjaga batas pergaulan dan akhlak dalam percintaan serta keimanan dan ketaqwaan kepada Allah...jangan la sesekali berputus asa untuk terus berdoa...

KEDUA
SOLAT ISTIKHARAH
------>ha...solat istikharah ni..untuk sape2 la yang susah nk wat pilihan..banyak sangat pilihan...
tertanya2..eh..betul ke die ni pilihan yang terbaik???..ha..klu da cm tu..tak taw sangat nk wat pilihan dan hope pilihan yang korang pilih tu, adalah pilihan yang terbaik..solat sunat ni boleh membantu korang...tunaikan la solat istikharah sekerap mungkin sampai la korang yakin dengan pilihan hati dan persoalan2 korang tu da terjawab orite..lepas da dpt jawapan yang terbaik tuk diri tu...bersyukur la kepada Allah dengan menunaikan sujud syukur..:)

INSYAALLAH,dengan solat kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah..
hakikatnya, cinta bukan hanya satu, kita bebas untuk memilih dan memiliki pelbagai jenis cinta.
so, jangan la pisahkan sembahyang dengan cinta, sebab kn melalui sembahyang kita akan beroleh cinta sebenar...







Sunday, February 6, 2011

Tips kecewa dalam bercinta....


salam..
ai semua...

ari ni...kite nk share kat semua...
cara-cara...
tips-tips...
saranan-saranan yang terbaik untuk sesiapa la yang mungkin kecewa dalam bercinta ke..
rase down nk bercinta lagi ke or ape2 je la yang ade kaitan dengannya..

semua yang bercinta...msti pernah kecewa dalam bercinta..
sy sendiri pn pernah kecewa..
tak kisah la sama ade dikecewakan atau awk yang mengecewakan pasangan awak tu..
mungkin semua yang berlaku tu ada sebab nye..
dan semua yang berlaku tu ade hikmah nye kan..

mungkin Allah nk jmpe kan dengan orang yang lagi baik...
itu semua Allah yang tentukan..
kalau ade jodoh..ade la..
kalau x de..xde jgk ..
btul x..hehe..

ok la...
kecewa dalam bercinta...
ia adalah sesuatu yang lumrah dalam percintaan kan..ade yang berakhir ke jinjang pelamin.
dan ade yang putus ditengah jalan...ye la..jalan pnye jalan..tibe2 selipar terputus kat tengah jalan..hehe..lebih kurang cm tu la..
itu semua asam garam orang bercinta...
yang bru nak bercinta pn kadang2 rase jgk kecewa dalam bercinta ni..
iye la..sebab cinta diorang tak diterima kan..kecewa gak tu..kn3..

so..tips yang kite nk kongsi ni..INSYAALLAH..boleh kot tolong2 korang2 yang ngah sedey tu...
ada tiga tips ni yang kite nak share kat u all...

yang PERTAMA,
-----> kembalikan perasaan kepada pencipta cinta..iaitu ALLAH S.W.T
banyak2 kan la berdoa kepada Allah...Allah la tempat kite berdoa dan mengadu segala kesedihan yang kita rasakan. Banyakkanlah membaca Al-quran, buat la solat hajat agar hati tenang menerima segala kesedihan hati dan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan insan yang soleh dan solehah untuk betul2 menyintai diri korang tu..yakin la bahawa, Allah dengar doa kite..INSYAALLAH, kita akan rase dekat dengan Allah...kalau korang x percaya..try buat..orite:)

yang KEDUA,
------> cari cinta lain
hehe...tips yang kedua ni agak rock sikit kan..hehe..maksudnye..klu da yang pertama tu tak de jodoh..cari la yang lain..bak kate orang kumbang bukan seekor..bunga bukan sekuntum kan..hehe..betul tak..
tapi bagi orang yang susah nk lupekan cinta die yang sebelumnye...die susah untuk mencari dan menerima cinta lain dalam hidup nye..bukan mudah..tapi, kadangkala, ade gak yang berjaya melupakan cinta lamenya dan dapat menerima cinta baru dan akhirnya bahagia...
itu la yang dimaksudkan..hehe...klu x fhm..wat2 la faham..ehehe..

yang KETIGA,
------> berusahala perbaiki diri dan tingkatkan imej serta harga diri.
ha..yang ni pulak...cuba la kita perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. kita ni manusia tak lari dari kesilapan yang kita penah buat. mungkin perangai kita yang buat pasangan kita tak suka ataupun cara kita berpakaian, imej kita, mungkin mengada2 sangat ke..mungkin la ek..
cuba kita perbaiki..belajar dari kesilapan yang lalu...INSYAALLAH, kita akan menjadi insan yang lebih baik dri sebelumnya...ok semua...

kesimpulannya kan kawan-kawan,
kembalikanlah perasaan kita kepada Allah dengan redha dengan ketetapan-Nya bahawa cinta itu sebenarnya bukan untuk ita. Ada hikmah di sebalik kekecewaan itu dan sepatutnya kita dapat menerima semua tu dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka...

selepas kita mampu bertenang, kita masih mempunyai kebebasan untuk mencari cinta. cinta tu bukan la sahaja cinta kepada manusia, tetapi cinta kepada tuhan dan agama, cinta kepada kehidupan yang lebih baik.

"carilah cinta yang dapat memberikan rasa gembira yang berpanjangan
bukan cinta yang membuatkan kita menderita....."

post ni khas untuk kawan kita yang tersayang, fatiha...
hope u smile when u read this dear...:)



Sunday, January 30, 2011

Tips mengekalkan hubungan cinta...


salam..
ai semua...

ari ni...rse ada je mood nk post banyak2..hehe..
post yang ni da msuk post yang 3 kali ari ni..hehe...

ari ni kan...
kite nk share kat awak-awak semua...
kepada yang da bercinta...
yang blum bercinta...
yang dilamun cinta...
yang hampir nk jatuh cinta..
yang ada rasa cinta...
ape-ape la..
yang penting ....
kite..
sebagai manusia...
msti ade rase saling cinta mencintai betul x?..

first skali..
cinta pada ALLAH..
cinta pada Rasul..
cinta pada kedua-dua ibu bapa kite..
cinta kepada ahli keluarga...
cinta kepada kekasih yang disayangi..
dan juga..
cinta kepada alam sekitar..binatang..da mcm2 lgi la kn..hehe...

ok...
ari ni..
meh la kite share same2 cmne ek caranya nk kekal kan hubungan cinta kite ni...
msti kamu-kamu semua nk taw kan..

tapi..tips ni..banyak untuk sang kekasih..hehe...elok la kite amalkan bersama ek..hehe..
baru la bahagia dan diredhai hubungan anda-anda semua..hehe

  • Bercintalah dengan niat untuk mendapatkan keredhaan ALLAH
  • Sentiasa mengambil tahu hal ehwal kekasih
  • Mengekalkan rasa hormat, kasih sayang dan kejujuran dalam percintaan
  • jangan menurut hawa nafsu dan godaan syaitan
  • Jangan musnahkan cinta dengan melakukan hubungan seks di luar nikah
  • Apabila keluar mestilah bertemankan mahram.. contohnya, abang ke..kakak, adik, ibu dan bapa
  • Jangan berdua-duaan di tempat sunyi kerana yang ketiga adalah syaitan
  • Jaga tutur kata dan peliharalah batas-batas pergaulan

ok korang...
tu semua tips2 yang berguna untuk kite...
rase2 nye..
klu kita amalkan tips tu..
INSYAALLAH...selamat la perhubungan kita...dan INSYAALLAH hubungan cinta kite itu diredhai oleh ALLAH hendaknya...

AMIN..YA RABBAL ALAMIN...